Home » News » 2003 » Kriket

 
 

Kriket

 

Berita baik untuk semua ahli-ahli Kelab Kriket ialah untuk tahun ini sesi latihan akan diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bermula pada pukul 4.15 tepat dan tamat pada pukul 7.00 malam. Jurulatih Kebangsaan di bawah 13 tahun, En. Avtar Singh telah dilantik dengan rasmi oleh Persatuan Kriket Melayu sebagai jurulatih sekolah selama empat hari ini. Pn Kupamal dan Pn Kalavathy akan bertugas pada masa latihan dijalankan.

Satu lagi berita baik ialah bahawa jurulatih dari Sri Lanka, Saman Hewavitharana akan juga turut bersama dengan pemain-pemain kriket sekolah selama seminggu. Diharap sesi latihan dengan jurulatih yang berpengalaman ini boleh mendedahkan para pemain kepada strategi permainan yang baik.

darvin

Darvin a/l Muralitharan (4N) telah mewakili Pasukan Kriket di bawah 15 tahun Malaysia dalam Pertandingan Tuanku Ja’far di antara negara-negara Asia Tenggara yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Beliau telah menjadi kapten pasukan Malaysia dan telah memimpin pasukan tersebut menjadi Johan pertandingan selepas mengalahkan pasukan Negara Thai, Singapore dan Hong Kong pada bulan November 2003. Pasukan Malaysia berjaya mengekalkan kejayaan tanpa kalah selama 5 tahun berturut-turut sejak pertandingan itu dimulakan.
 
Darvin juga telah dianugerahkan "Man of the Match" untuk perlawanan antara Hong Kong dan "Man of the Finals" antara Singapore.
 
Pasukan Malaysia di bawah 15 tahun ini juga telah dipilih untuk bermain 5 perlawanan persahabatan di Colombo, Sri Lanka. Pasukan Malaysia telah berlepas ke Sharjah, UAE ( Amiriah Arab Bersatu ) untuk mengambil bahagian dalam Piala Asia Bawah 15 tahun bertanding dengan pasukan Qatar, Kuwait, Singapore dan Nepal. Darvin terus menjadi Kapten Pasukan tersebut.
 
Laporan oleh Puan Kupamal

Comments are closed

Sorry, but you cannot leave a comment for this post.

News »

Intel ISEF 2016 Special Awards Ceremony

Intel ISEF 2016 Special Awards Ceremony

Our Form 5 students, Dylan, Nizar and Derric together with their teacher advisor Ms Linda emerged 3rd in the world under the Material Science category in the ISEF...

 
Search for SEAMEO Young Scientists (SSYS) 10th Regional Congress

Search for SEAMEO Young Scientists (SSYS) 10th Regional Congress

Dylan, Derric and Nizar won the most coverted award as the Most Promising Young Scientists Science Congress in Asia 2016. Related

 
Form 1 Orientation Day (2016)

Form 1 Orientation Day (2016)

Orientation Day briefing was well attended by parents and students in the school hall (30 December 2015) 8:00 am to 10:30 am Related

 
ASAT – Anugerah Seri Asrama Terbilang 2015: Asrama 5 bintang

ASAT – Anugerah Seri Asrama Terbilang 2015: Asrama 5 bintang

Penang Free School won the best hostel award 2015 under the North East Region. PFS was also the champion in 2014. “ASAT  – Anugerah Seri Asrama...

 
Visitors from Zambia (Africa)

Visitors from Zambia (Africa)

35 Teachers from Zambia (Africa) visited the school for a Science and Mathematics Teaching Try-out using HOTs (4 Feb. 2015) Related