Home » News » 2003 » Majlis Makan Malam Meraikan Penganugerahan Darjah Kebesaran DSPN oleh TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Kepada Dato’ Dawa @ Dewa bin Abdullah, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang

 
 

Majlis Makan Malam Meraikan Penganugerahan Darjah Kebesaran DSPN oleh TYT Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang Kepada Dato’ Dawa @ Dewa bin Abdullah, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang

 
[picture not recoverable]

Majlis Makan Malam bermula dengan ucapan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Utama (Dr.) Yang DiPertua Negeri dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri yang telah sudi meluangkan waktu untuk menceriakan dan menyerikan majlis kita pada malam ini.

Majlis istimewa pada malam ini amat bermakna kepada warga pendidik khususnya guru-guru di Pulau Pinang. Guru-guru Pulau Pinang berasa amat gembira dan menumpang rasa bertuah kerana penganugerahan Darjah Kebesaran kepada Dato’ Pengarah Pendidikan merupakan satu peristiwa yang dapat dirakamkan dan tertinta dalam lipatan sejarah. Anugerah DSPN kepada Dato’ Dawa bin Abdullah merupakan anugerah yang pertama dikurniakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Darjah Setia Pangkuan Negeri dizahirkan pada tahun 1976 dan dikurniakan kepada orang-orang perseorangan yang menyumbang perkhidmatan yang istimewa serta mempunyai kedudukan yang tinggi. Mereka yang dikurniakan darjah ini digelar Dato’ dan isterinya Datin. Kurniaan ini dihadkan kepada lima ratus orang yang masih hidup, tidak termasuk bukan warganegara Malaysia yang boleh dikurniakan anugerah ini secara kehormat. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Dawa atas kurniaan tersebut.

Sambil hidangan dinikmati, majlis diteruskan dengan persembahan Pasukan Pancaragam PFS, persembahan violin oleh Saudara Mohd. Aliff Yusuff. Lagu yang dialunkan ialah Tanjung Putri, Pahlawan ku dan Bahtera Merdeka. Majlis Makan Malam diceriakan lagi dengan persembahan nyanyian oleh Dato’ Syed Mohd Aidid dengan lagu "Engkau Laksana Bulan" yang dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee, seorang bekas pelajar PFS.

[picture not recoverable]

Dato’ Dawa bin Abdullah dilahirkan pada 30 September 1948 di Kampung Gajah, Perak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan pada tahun 1972 dan Diploma Pendidikan pada 1973 dari Universiti Malaya.

Beliau mula berkhidmat di Jabatan Kerajaan pada tahun 1973 sebagai Guru Penolong di SMJK Nan Hwa, Setiawan. Kemudian beliau berkhidmat pula sebagai Guru Penolong di Sekolah Tuanku Abd. Rahman, Ipoh selama dua tahun bermula tahun 1977 hingga 1979. Karier beliau dalam sektor pendidikan di Pulau Pinang terus meningkat dan berkembang.

[picture not recoverable]

Pada tahun 1996 hingga 1998 beliau memegang jawatan sebagai Pegawai Pendidikan Daerah di Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Kemudian jawatan yang sama di Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Selatan.

Seterusnya beliau berkhidmat pula sebagai Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan selama empat tahun sehingga tahun 2002 di samping memegang jawatan Pengetua Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang sehinggalah beliau dilantik untuk menyandang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang pada 1 November 2001 sehingga kini.

Antara darjah kebesaran yang telah dianugerahkan kepada beliau ialah PPT, AMN dan PKT.

Comments are closed

Sorry, but you cannot leave a comment for this post.

News »

Intel ISEF 2016 Special Awards Ceremony

Intel ISEF 2016 Special Awards Ceremony

Our Form 5 students, Dylan, Nizar and Derric together with their teacher advisor Ms Linda emerged 3rd in the world under the Material Science category in the ISEF...

 
Search for SEAMEO Young Scientists (SSYS) 10th Regional Congress

Search for SEAMEO Young Scientists (SSYS) 10th Regional Congress

Dylan, Derric and Nizar won the most coverted award as the Most Promising Young Scientists Science Congress in Asia 2016. Related

 
Form 1 Orientation Day (2016)

Form 1 Orientation Day (2016)

Orientation Day briefing was well attended by parents and students in the school hall (30 December 2015) 8:00 am to 10:30 am Related

 
ASAT – Anugerah Seri Asrama Terbilang 2015: Asrama 5 bintang

ASAT – Anugerah Seri Asrama Terbilang 2015: Asrama 5 bintang

Penang Free School won the best hostel award 2015 under the North East Region. PFS was also the champion in 2014. “ASAT  – Anugerah Seri Asrama...

 
Visitors from Zambia (Africa)

Visitors from Zambia (Africa)

35 Teachers from Zambia (Africa) visited the school for a Science and Mathematics Teaching Try-out using HOTs (4 Feb. 2015) Related