Home » News » 2004 » Pertandingan Puisidra Sains Kelompok M2

 

Pertandingan Puisidra Sains Kelompok M2

 

stage

PFS menjadi Tuan Rumah bagi Pertandingan Puisidra Sains Kelompok M2 tahun 2004. Pertandingan tersebut dilangsungkan di Dewan PFS pada pukul 8.30 pagi ini.

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan peralihan hingga tingkatan 3 Sekolah Menengah bantuan Kerajaan termasuk Maktab Rendah Sains Mara. Puisi hendaklah ditulis dan dideklamasikan dalam Bahasa Melayu. Puisi yang dicipta mesti bersifat asli dan boleh berbentuk sajak, syair, pantun, gurindam, seloka dan sebagainya. Sesebuah puisi yang dipertandingkan hendaklah sesuai untuk pembacaan yang tidak lebih jangka waktu 8 minit. Tema puisi mestilah berhubung dengan kemajuan sains and teknologi serta bidang-bidang ilmu yang berkaitan dengannya.

Sesebuah karya dinilaikan dari segi bentuk tema dan fakta, bahasa dan perlambangan, gaya persembahan, kejelasan pengucapan dan kesan saintifik.

SMK Bukit Gambir ialah Pemenang Pertama, SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad Pemenang Kedua and PFS Pemenang Ketiga.

 

vip

winner

 

Pemenang Pertama SMK Bukit Gambir menerima hadiah dari Tuan Pengetua PFS

hakim1

 

Panel hakim terdiri dari Cik Majemin Binti Shafie ( SMK Westlands , Ketua Hakim di tengah ), Cik Fatimah Binti Osman ( Unit Kurikulum, JPN di sebelah kanan) dan Pn Sabariah Md. Nor ( Sekolah Perempuan Methodist di sebelah kiri).

Comments are closed

Sorry, but you cannot leave a comment for this post.