Home » News » 2004 » Mesyuarat Agong PIBG ke 31

 

Mesyuarat Agong PIBG ke 31

 

appreciation

The immediate ex-president, Dr. Mohd. Ali Abdul Khader, DJN,PKT, receiving his certificate of appreciation from the headmaster.

 

Mesyuarat Agong PIBG ke 31 telah dilangsungkan di Dewan Sekolah petang ini. Dr. Goh Geok Tin telah dipilih untuk mengetuai PIBG sekolah kita.

Berikut adalah laporan setiausaha Cik Loh Bee Bee.

president

Pengerusi Baru Dr. Goh Geok Tin

 

Aktiviti-aktiviti PIBG bagi Sesi 2003/2004

Mesyuarat Agung pada 21 Jun 2003 telah mendapat sambutan yang mengalakkan dengan kehadiran 209 orang ibu bapa dan guru. Pihak PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat tersebut.

Mesyuarat dan Perjumpaan AJK

AJK PIBG telah mengadakan mesyuarat dan perjumpaan AJK sebanyak 8 kali

Tarikh-tarikh mesyuarat dan perjumpaan adalah seperti berikut:

  1. 21 Jun 2003 (mesyuarat)
  2. 18 Ogos 2003 (Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan ke-46 di astaka sekolah)
  3. 19 Ogos 2003 (Majlis Makan Malam sempena penganugerahan pingat kepada Dato’ Dawa @ Dewa B. Abdullah, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang di Hotel Cititiel)
  4. 22 Ogos 2003 (mesyuarat)
  5. 23 Ogos 2003 (Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum PFS di dewan sekolah)
  6. 21 Okt 2003 (Hari Ucapan PFS di dewan sekolah)
  7. 6 Jan 2004 (Orientasi Pelajar-pelajar Baru Tingkatan Satu)
  8. 11 Mac 2004 (mesyuarat)

Bantuan dan sumbangan PIBG yang lain adalah seperti berikut:-

Sumbangan PIBG 2003

a. Bantuan Kokurikulum
b. Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah
c. Menaiktarafkan Tandas Pelajar
d Taman Angkat
e Hari Sukan
f. Sumbangan Pelajar Miskin
g Sumbangan Hari Guru
h Pertandingan Kebersihan Kelas

Sumbangan PIBG 2004

i Blazers
j Hari Sukan
k Perkembangan Staf
l Pembayaran Fizikal
m Bantuan Arkib

Penghargaan

PIBG PFS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak berikut:-

  1. Bekas Pengerusi dan AJK PIBG Sesi 2003/2004
  2. Juruaudit: Cik Chee Keat Bee dan En. Hassan b Mohd Ali
  3. Pengetua Penang Free School, En Arabi bin Sulaiman, PKT di atas nasihat dan pandangan beliau.
  4. En Loh Huah Sin(Penolong Kanan 1) dan En. Abdul Latif bin Mohd Yusuf (Penolong Kanan HEM) dan Cik Lee Ewe Im (PK Kokurikulum)
  5. Para guru PFS yang telah pindah dan bertukar, jasa baik mereka amat dihargai
  6. Individu dan syarikat-syarikat yang telah menyumbangkan bantuan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PIBG

Para guru ,ibu bapa dan semua pihak yang telah memberimenyumbangkan dan khidmat bakti dalam menjayakan aktiviti PIBG 2003/2004.

 

Comments are closed

Sorry, but you cannot leave a comment for this post.